Terengganu ucap takziah kepada keluarga Wan Mokhtar - Utusan Malaysia

Terengganu ucap takziah kepada keluarga Wan Mokhtar

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang meninggal dunia pagi ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar atas segala jasa dan khidmat yang diberikan kepada negeri serta rakyat selama ini.

Katanya, Allahyarham juga merupakan Menteri Besar Terengganu yang paling lama berkhidmat bermula dari 1974 sehingga 1999.

“Terima kasih tidak terhingga atas jasa dan khidmat yang diberikan kepada negeri serta rakyat Terengganu selama ini.

“Mewakili kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Wan Mokhtar menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 6.20 pagi ini akibat komplikasi jantung.

Anaknya, bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, jenazah ayahnya disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong selepas solat Zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya