Satu lagi kluster baharu Covid-19 di kesan di Sabah dikenali Kluster Kuarters - Utusan Malaysia

Satu lagi kluster baharu Covid-19 di kesan di Sabah dikenali Kluster Kuarters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sabah mencatatkan satu lagi kluster baharu Covid-19 menjadikan keseluruah lima kluster yang aktif  di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikenali sebagai Kuarters.

Katanya, ia dikenal pasti hasil saringan di sekitar daerah Tongod, susulan saringan Covid-19 terhadap seorang petugas kesihatan yang positif ujian saringan RTK Antigen pada 4 September lalu.

“Saringan di sekitar daerah Tongod yang bermula pada 6 September lalu membabitkan masyarakat setempat termasuk petugas kesihatan Klinik Kesihatan berkenaan. Lima kes positif COVID-19 dikenalpasti setakat ini.

“Semua kes positif iaitu kes ke-10,253 hingga ke-10,257 dalam kluster ini adalah warga tempatan. Mereka tidak bergejala dan sudah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, 117 individu sudah disaring dengan lima daripada mereka dikesan positif COVID-19 sementara 112 masih menunggu keputusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN