Polis buru dua lelaki curi motosikal - Utusan Malaysia

Polis buru dua lelaki curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Susulan rakaman video tular yang memaparkan dua lelaki melarikan motosikal di tempat meletak kenderaan di Jalan Tambatan, Kota Tinggi semalam, polis kini sedang mengesan suspek berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada mangsa seorang wanita berusia 31 tahun berhubung kehilangan motosikal jenis Honda yang diletakkan di kawasan hadapan kedai di jalan tersebut.

Katanya, mangsa menyedari motosikalnya hilang pada pukul 9.30 pagi semasa hendak menggunakannya.

“Hasil siasatan menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) berhadapan bilik yang disewa mangsa merakam imej suspek iaitu dua lelaki. Daripada rakaman tersebut suspek didapati mencuri motosikal milik mangsa pada pukul 6.07 pagi.

“Bagaimanapun, pada pukul 3.00 petang sewaktu anggota balai polis Kota Tinggi menjalankan penugasan di kawasan pentabiran menemukan semula motosikal milik mangsa yang diletakkan di bahagian belakang Stesen Minyak Petron, Tun Sri Lanang, Kota Tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN