Mehmet boleh senyum semula - Utusan Malaysia

Mehmet boleh senyum semula

‘MOOD’ Mehmet Durakovic cukup baik ketika berada dalam sidang akhbar selepas perlawanan di antara Perak dan UiTM FC di Stadium Perak, Ipoh kelmarin. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic tidak kisah walaupun menang hanya satu gol ke atas UiTM FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak kelmarin.

Katanya, jumlah jaringan tidak penting sebaliknya perkara utama ketika ini ialah mengutip tiga mata penuh.

“Satu, dua atau tiga gol tidak mengapa. Mengutip mata penuh adalah matlamat utama Perak ketika ini.

“Selepas tidak senyum lebih seminggu ekoran dua kekalahan berturut-turut terutama dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT), saya boleh senyum semula malam ini, ” katanya kepada pemberita selepas perlawanan dengan UiTM FC di Stadium Perak, semalam.

Dalam perlawanan semalam, Perak mengatasi pasukan pelawat 1-0 melalui jaringan Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi pada awal permainan tetapi kemudiannya dikerah bekerja keras pada babak kedua perlawanan apabila UiTM memberi tentangan.

Menurut Mehmet, Perak mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan pada babak pertama tetapi gagal berbuat demikian.

Beliau berkata, UiTM kembali dalam perlawanan pada separuh kedua untuk mengenakan tekanan terhadap pasukannya tetapi pemain Perak berjaya bertahan.

“Saya harus beri pujian kepada pasukan lawan tetapi setiap pemain Perak juga berhak dipuji kerana berjaya mempertahankan kelebihan dimiliki.

“Mereka buktikan kepada saya kemampuan sebenar mereka. Kini kami berada di atas landasan betul semula,” ujarnya.

Dalam perlawanan semalam, Durakovic menurunkan penjaga gol utama, Mohd. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan J. Partiban yang baru pulih daripada kecederaan.

Turut berada dalam kesebelasan permulaan ialah Mohamad Idris Ahmad yang mengambil alih tugas selaku bek kanan daripada Amirul Azhan Aznan.

Jurulatih itu kemudian membawa masuk pemain muda, Muhammad Farid Khazali serta penyerang Perak II Muhammad Adib Abdul Ra’op dan Bruno Luiz Pires.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya