Agenda lama punca generasi muda cari platform lain - Utusan Malaysia

Agenda lama punca generasi muda cari platform lain

muda
SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pegangan dan hala tuju parti politik yang masih terbawa-bawa agenda serta personaliti lama antara faktor golongan muda cende­rung mencari platform baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Hi HOME, Radzi Tajuddin yang hadir ke Kelab Sultan Sulaiman kelmarin mendapati ada segelintir orang muda yang sudah ‘tawar hati’ dengan keadaan politik sehingga menyebabkan mereka tidak mahu mengambil berat segala hal terbabit.

Justeru katanya, beliau yakin penubuhan parti baharu Syed Saddiq mampu memenuhi hasrat generasi muda yang mahukan sesuatu yang segar, baharu dan progresif.

“Saya hadir ke mesyuarat tersebut untuk memberi pandangan dari segi struktur dan beberapa perkara yang berkaitan polisi dan ekonomi.

“Terdapat permintaan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan yang mahukan parti dan ahli politik negara untuk merencana polisi, mengubah dasar dan membawa perubahan dalam aspek ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan kualiti hidup.

“Parti orang muda itu saya percaya boleh mengisi kekosongan yang ada di arena politik negara,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dikatakan mengadakan pertemuan di Kelab Sultan Sulaiman kelmarin dengan ikon-ikon terkenal bagi membincangkan hala tuju penubuhan parti baharu orang muda.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Liga Rakyat Demokratik (LRD), Amir Hadi berkata, perbincangan seterusnya akan diadakan sebelum keputusan penubuhan parti berteraskan orang muda dibuat.

“Daripada perjumpaan semalam, belum ada lagi kata putus dan keputusan konkrit.

“Apa yang pasti orang muda sudah muak dengan politik ‘tua’ seperti serangan peribadi, rasuah dan soal integriti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya