60 warga China antara 109 pekerja sindiket judi dalam talian ditahan polis - Utusan Malaysia

60 warga China antara 109 pekerja sindiket judi dalam talian ditahan polis

SAHABUDIN Abd. Manan (dua dari kanan) menunjukkan rampasan daripada dua sindiket judi dalam talian di IPD Seberang Perai Selatan, Nibong Tebal Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Dua sindiket judi dalam talian yang didalangi rakyat tempatan dan warga China ditumpaskan dalam serbuan berasingan di sini Sabtu lalu.

Turut ditahan adalah seramai 109 individu termasuk 60 warga China yang dipercayai terlibat sebagai pekerja kepada sindiket judi dalam talian berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, dalam serbuan di kawasan kilang perabot di Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini, seramai 99 individu termasuk 50 lelaki dan tujuh wanita warga China ditahan.

Katanya, kesemua suspek yang berusia antara 19 tahun hingga 52 tahun itu ditahan bersama sebanyak 97 set komputer dan 291 unit telefon bimbit yang disyaki digunakan oleh sindiket ‘calling center’ tersebut.

“Siasatan mendapati suspek yang merupakan pekerja dengan sindiket yang aktif sejak sebulan lalu itu dibayar gaji sebanyak RM3,000 sebulan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, dalam operasi berasingan di dua kondominium di Jelutong, Georgetown pula, pihaknya menahan tujuh lelaki warga China dan tiga warga tempatan berusia 20 hingga 61 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan sama.

Dalam serbuan itu juga, tambah beliau, sebanyak 419 buah telefon bimbit bersama dua set komputer, enam unit komputer riba dan empat buah kenderaan dirampas.

“Seperti sindiket pertama, suspek yang ditahan dalam serbuan ini juga dibayar gaji antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan dan sudah bekerja dengan sindiket berkenaan sejak setahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek direman empat hari bermula kelmarin bagi siasatan lanjut mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imgigresen 1959/63. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya