4 beradik pengarah kilang punca pencemaran bau ditahan - Utusan Malaysia

4 beradik pengarah kilang punca pencemaran bau ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Susulan pencemaran bau yang berlaku berpunca daripada sebuah premis penyelenggaran jentera berat di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang, Selangor, polis menahan empat beradik yang merupakan pengarah syarikat bersama kilang tersebut.

Kesemua mereka berusia 50 hingga 60 tahun ditahan bermula pukul 11 malam hingga 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, tiga mereka di tahan di kediaman mereka di Selayang.

“Manakala, abang sulung mereka ditahan ketika memberi hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak bersama peguam mereka.

“Siasatan awal mendapati kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik-beradik selepas bapa mereka meninggal dunia.

“Kita akan memohon perintah reman terhadap kesemua individu terbabit pagi ini di Mahkamah Selayang,” katanya di sini hari ini.

Tambah Noor Azam, pihaknya juga akan mengambil keterangan semua pekerja yang berada di kilang bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini, kita akan mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap semua pemilik syarikat dahulu.

“Namun, kita tetap akan mengambil keterangan pekerja di kilang tersebut iaitu seramai 50 pekerja. Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu, Tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan air hari ini selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor.

Gangguan air didapati berpunca daripada sebuah kilang menyelenggara jentera di Rawang. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN