Tunggakan hutang RM204,427 TH Hotel belum dikutip - Utusan Malaysia

Tunggakan hutang RM204,427 TH Hotel belum dikutip

NIK AZMAN NIK ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan Ketua Audit Negara 2019 (LKAN) Siri Satu mendedahkan TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (THHR) mengalami tunggakan hutang melebihi tiga bulan sebanyak RM204,427 yang belum dikutip.

Situasi itu berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan kewangan melibatkan pembaziran serta pemborosan meliputi pengurusan tertinggi syarikat tersebut.

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, kemerosotan itu turut disumbangkan oleh pengurusan promosi dan pemasaran yang tidak dilaksanakan secara berkesan ditambah dengan strategi jualan serta pemasaran dilaksanakan melibatkan kos kecil berbanding bajet diperuntukkan.

“Pencapaian output bagi kadar pengisian bilik dan pendapatan adalah tidak cekap kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Prestasi purata kadar pengisian bilik penginapan hanya mencapai antara 37 peratus hingga 45.9 peratus berbanding sasaran dalam tempoh yang dinilai.

“Prestasi pendapatan keseluruhan hanya mencapai 56.9 peratus hingga 62.8 peratus daripada sasaran ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar mengenai LKAN berkenaan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan di sini hari ini.

LKAN mengandungi Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.

Bagi siri pertama, laporan itu mendedahkan secara ringkas mengenai prestasi setiap tiga kementerian dan tujuh jabatan seperti Tabung Haji, Jabatan Penjara dan Politeknik dengan beberapa syor dikemukakan antara lain supaya jabatan tersebut memastikan akauntabiliti, pengurusan cekap dan pelantikan Jawatankuasa Audit yang berkelayakan.

Beliau memaklumkan, secara keseluruhannya kira-kira RM200 juta ketirisan yang berlaku dan berharap kerajaan boleh mengutip balik bayaran tersebut bagi menampung kerugian yang berlaku.

Mengulas lanjut, Nik Azman berkata, pihaknya mendapati THHR mengalami tadbir urus yang kurang memuaskan berdasarkan penilaian terhadap sembilan aspek urus tadbir korporat meliputi aspek pengerusi, lembaga pengarah, jawatankuasa audit, audit dalam serta jawatankuasa pencalonan dan imbuhan dalam tempoh empat tahun.

“Penilaian juga terhadap pengurusan aktiviti hotel yang menyumbang kepada pendapatan operasi syarikat bagi tempoh 2016 hingga Februari 2020 manakala analisis terhadap tiga tahun penyata kewangan beraudit iaitu pada 2016, 2017 dan 2018 merangkumi analisis pendapatan, perbelanjaan, aset, liabiliti serta aliran tunai.

“Penglibatan TH dalam sektor hospitaliti dan perkhidmatan melalui penubuhan THHR iaitu syarikat milik penuh TH dengan modal berbayar sejumlah RM100 juta. Pengurusan THHR yang cekap dan berkesan dapat memberi pulangan pelaburan TH. Prestasi pengurusan THHR terhadap pengendalian tiga hotel TH sebelum pengambil alihan operasi dua daripadanya oleh Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya