Tiga sekeluarga hilang tempat tinggal - Utusan Malaysia

Tiga sekeluarga hilang tempat tinggal

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Kuala Berang memadam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU – Tiga sekeluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tok Lawit, di sini, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Amran Ismail berkata, pihaknya dengan kekuatan 10 anggota dan jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.12 petang. 

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kediaman jenis kekal itu telah hangus 70 peratus dan bomba menggunakan dua aliran hos untuk memadam kebakaran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Amran berkata, operasi ditamatkan pada pukul 6.10 petang dan bomba masih menyiasat punca kejadian serta jumlah kerugian.

Katanya, ketika kejadian terdapat seorang ahli keluarga iaitu Indon Sulaiman, 61, dalam rumah berkenaan, namun warga emas itu sempat keluar menyelamatkan diri sebelum api marak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya