Tiga lelaki jual, proses air ketum diberkas - Utusan Malaysia

Tiga lelaki jual, proses air ketum diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis memberkas tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komissioner Wan Kamarul Wan Yusoff berkata, pihaknya melakukan serbuan kira-kira pukul 12.30 pagi bersama sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND).  

Jelasnya, sebanyak 147 bungkusan plastik lutsinar berikat getah dengan setiap bungkusan berisi daun ketum dengan anggaran berat 30 kilogram (kg) berjaya dirampas.  

“Selain itu, turut ditemui 15 bungkus plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum dengan anggaran berat 22.5 liter dan beberapa peralatan yang digunakan untuk memproses air ketum antaranya satu alat penimbang berat, satu bekas tong ais warna oren, satu alat dapur masak serta satu periuk.

“Turut dirampas satu tong gas 14 kg dan satu jag air berwarna biru serta alat tapis air, sebotol ubat dipercayai ubat batuk dengan anggaran berat 100 ml dan nilai rampasan kira-kira RM1,500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Kamarul berkata, kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 25 dan 22 tahun serta hasil saringan ujian awal mendapati kesemuanya negatif daripada pengaruh dadah.

“Hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah berhubung kes penagihan dan penjualan ketum sejak lima hingga enam bulan lalu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya