Lelaki meninggal dunia ketika mendaki - Utusan Malaysia

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki

WAN MOHD. AZMI WAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika melakukan aktiviti pendakian secara berseorangan di Bukit Besar di sini hari ini.

Wan Mohd. Azmi Wan Ibrahim dari Kuala Ibai dikatakan mendaki bukit berkenaan melalui laluan denai sebelum rebah kira-kira pukul 8.40 pagi.

Seorang saksi, Zawawi Ngah, 62, berkata, sebelum kejadian dia berada beberapa meter di belakang mangsa yang merupakan seorang ejen insuran.

“Saya sangka dia pengsan atau sesak nafas, apabila rasa badannya sejuk saya cuba tolong setakat yang termampu dengan memberi bantuan pernafasan.

“Dalam masa yang sama saya beritahu kepada rakan-rakan lain supaya meminta pertolongan,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd. Zamri Omar berkata, pihaknya dengan kekuatan empat anggota mengambil masa 20 minit untuk membawa turun mangsa yang ketika itu berada pada ketinggian kira-kira 500 meter.

“Setibanya di lokasi mangsa diberikan bantuan kecemasan dan pernafasan malangnya gagal diselamatkan.

“Mayat  mangsa dibawa turun dari puncak bukit menggunakan pengusung sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya