KPDNHEP Cawangan Dungun rampas 46 tong LPG - Utusan Malaysia

KPDNHEP Cawangan Dungun rampas 46 tong LPG

ANGGOTA penguatkuasa KPDNHEP merampas 46 tong LPG di sebuah stor disyaki tidak berlesen di Dungun hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Dungun merampas 46 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM4,966.80 dalam serbuan di sebuah stor yang disyaki tidak berlesen di sini hari ini. 

Ketuanya, Muhammad Khairuddin Ali@Abdul Aziz berkata, kesemua tong LPG itu dirampas di sebuah stor milik seorang lelaki tempatan yang berusia 38 tahun kira-kira pukul 12 tengah hari ini. 

Katanya, LPG berkenaan dipercayai dijual kepada kedai-kedai makan di sekitar Dungun dengan bekalan diperoleh daripada pembekal di daerah sama. 

“Setakat 23 Ogos lalu, kita telah menjalankan 6,026 pemeriksaan di sekitar Dungun dan berjaya merekodkan 81 kes dengan rampasan berjumlah RM5,595.80 di samping kompaun bernilai RM18,500.00,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Muhammad Khairuddin berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-keduanya bagi bukan pertubuhan perbadanan. 

Katanya, bagi pertubuhan perbadanan, denda dikenakan tidak melebihi RM2 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya