Ketua Menteri kesal khidmat feri tergendala - Utusan Malaysia

Ketua Menteri kesal khidmat feri tergendala

PERKHIDMATAN feri di Pulau Pinang tergendala sehingga esok berikutan masalah teknikal pada enjin feri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow melahirkan rasa kesal dengan penutupan operasi pengangkutan feri selama tiga hari di negeri ini bermula semalam sehingga esok.

Menurut beliau, perkhidmatan feri adalah mod pengangkutan penting kepada penduduk negeri ini dalam menghubungkan antara kedua-dua kawasan di Seberang Perai dan pulau.

Namun, katanya, perkhidmatan feri seolah-olah menjadi ‘anak buangan’ oleh Kerajaan Pusat yang mana pengurusannya dicampak kepada beberapa agensi berlainan sebelum ini.

Tambah beliau, Kerajaan Persekutuan sepatutnya membekalkan peruntukan secukupnya bagi memantapkan lagi perkhidmatan feri yang kini di bawah pengurusan Rapid Feri Sdn. Bhd..

Perkara itu, tegasnya, adalah demi kepentingan penduduk serta transformasi menyeluruh mod pengangkutan di bahagian pulau dan kawasan Butterworth di Seberang Perai utara khasnya. 

“Apa yang berlaku ini merupakan sesuatu yang boleh dielakkan sekiranya pendekatan serta inisiatif khas diambil oleh pihak-pihak berkepentingan demi masa depan perkhidmatan feri Pulau Pinang dan impak ekonomi secara menyeluruh. 

“Malah, apa yang kini diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) adalah sebagai alternatif sekiranya insiden ini berulang kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Rapid Feri, Osman Amir dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan feri tergendala selama tiga hari sehingga esok berikutan masalah teknikal pada enjin feri. 

Katanya, masalah itu melibatkan empat buah feri yang beroperasi daripada Pangkalan Raja Tun Uda di Butterworth ke Pangkalan Sultan Abdul Halim di bahagian pulau bagi trip pergi dan balik. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya