Kanak-kanak dihanyut arus deras ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dihanyut arus deras ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kanak-kanak lelaki yang hilang selepas tergelincir ke dalam longkang di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu di sini semalam ditemukan lemas kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Mayat Muhammad Uwais Al Hafiz Hamilzal, 5, ditemukan tersekat pada ranting pokok yang tumbang kira-kira 1.4 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Ketua Zon 2 Sungai Petani Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Penguasa Kanan Bomba II Mohd. Mazukhi Shaffie berkata, operasi mencari dan menyelamat pada hari kedua dilakukan dengan kekuatan seramai 32 anggota bomba.

“Operasi bermula seawal pukul 7.30 pagi tadi dengan menumpukan pencarian di kawasan hilir sungai.

“Kita melakukan pencarian dengan dua kaedah iaitu pencarian di permukaan dan di dalam air sebelum mayat mangsa ditemukan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kata beliau, operasi itu melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Tikam Batu serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Selain itu, operasi juga dibantu unit anjing pengesan (K9), Pasukan Bomba Sukarela Bakar Arang dan unit dron,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya