PARIS: Pengurus Perancis, Didier Deschamps membela Kylian Mbappe daripada dikritik berhubung persembahannya yang hambar semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara baru-baru ini.
Mbappe bergelut untuk memberi impak kepada Paris Saint-Germain (PSG) selepas tewas 1-0 kepada Bayern apabila sekadar melengkapkan 11 hantaran, iaitu angka yang kecil berbanding pemain lain termasuk penjaga gol Keylor Navas.
Penyertaan pemain berusia 21 tahun itu dalam Liga Juara-Juara juga diragui selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki semasa final Piala Perancis, bagaimanapun dia turun semula ke padang sebagai pemain simpanan ketika menentang Atalanta di suku akhir.
Deschamps tahu Mbappe gagal memberikan yang terbaik semasa bertemu Bayern, namun mahu mengingatkan kepada semua penyokong bahawa dia juga manusia biasa.
“Sejak mereka kecewa disebabkan gagal mendapatkan hasil yang baik daripada Kylian berbanding Neymar, dia satu-satunya pemain yang mereka banding-bandingkan.
“Dia dikritik ketika dia tidak berjaya. Kylian tetap Kylian, dia bukan robot. Dia telah memberikan yang terbaik, dia juga telah melakukan perkara yang lebih baik.
“Anda perlu menerima hakikat. Mengalami kecederaan dan kembali semula di toatas padang dengan memaksanya bermain di separuh akhir dan final akan memberi kesan,” katanya.- AGENSI