Najib calar imej negara, pendakwa minta jatuhkan hukuman paling berat - Utusan Malaysia

Najib calar imej negara, pendakwa minta jatuhkan hukuman paling berat

Najib Tun Razak melihat jam ketika menunggu bagi mendengar keputusan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dikenakan hukuman kes penyelewengan  SRC International Sdn Bhd mencalar imej negara.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, berkata, hukuman dan pengajaran mesti menjadi asas utama kerana ini adalah pertama kali Perdana Menteri dan Menteri Kewangan didakwa serta disabitkan di mahkamah.

Katanya, mahkamah bertanggungjawab melaksanakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memandang serius masalah rasuah.

“Dalam kes ini, tertuduh wajar dikenakan hukuman paling berat,” katanya ketika berhujah terhadap rayuan Najib untuk diringankan hukuman di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Sithambaram berkata, hukuman maksimum wajar dikenakan berdasarkan penghakiman mahkamah membabitkan kes rasuah.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Pada ketika ini, pihak pembelaan sedang cuba mendapatkan penangguhan bagi membolehkan mereka menyediakan rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan.

Najib merupakan bekas Perdana Menteri pertama yang didakwa di mahkamah di negara boleh dihukum penjara antara dua hingga 20 tahun dan juga boleh didenda jutaan ringgit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN