Gelandangan ditemui mati di bangunan kedai - Utusan Malaysia

Gelandangan ditemui mati di bangunan kedai

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABIS: Seorang pekerja syarikat pembersihan terkejut apabila menemukan satu mayat lelaki di sebuah bangunan kedai di Stesen Bas Labis, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 35 tahun ditemukan saksi yang ingin melakukan kerja-kerja pembersihan berhampiran kawasan berkenaan.

“Kakitangan syarikat itu pada mulanya menyangka mangsa yang dikenali sebagai gelandangan di sekitar kawasan itu sedang tidur dalam sebuah bangunan kedai berkunci.

“Saksi kemudian bertindak memanggilnya namun berasa pelik ekoran keadaan gelandangan itu seakan kaku dan tiada sebarang respon sebelum segera menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Raub, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kematian lelaki berkenaan adalah sebagai mati mengejut.

“Buat masa ini kita klasifikasikan kematian mangsa sebagai Sudden Death Report (SDR). Identitinya masih belum dikenal pasti, namun berdasarkan keterangan orang awam, si mati yang berasal dari Chaah di sini, dia merupakan gelandangan di kawasan ini.

“Mayat dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan pemeriksaan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farizan Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis bagi membantu memecahkan mangga di pintu kedai berkenaan.

“Sebanyak 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan didapati benar terdapat satu mayat dalam keadaan terlentang berada di dalam bangunan kedai yang berkunci.

“Tindakan operasi menggunakan peralatan khas paratex untuk membuka kunci mangga dan mayat diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk proses nyahcemar sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya