PARIS: Novak Djokovic meraih gelaran Grand Slam ke-19 dan menjadi orang pertama dalam tempoh 52 tahun memenangi kesemua empat kejohanan dua kali apabila menewaskan Stefanos Tsitsipas menerusi dua set dalam peringkat akhir Terbuka Perancis tadi.
Pemain nombor satu dunia itu menang 6-7 (6/8), 2-6, 6-3, 6-2, 6-4 ke atas pemain berusia 22 tahun yang bermain dalam Slam pertamanya.
Justeru, Djokovic kini hanya tinggal satu matlamat utama menghampiri 20 rekod sepanjang masa yang dipegang oleh Roger Federer dan Rafael Nadal.
Kejayaan itu merupakan kedua buat Djokovic, 34 setelah kegemilangannya pada 2016, ditambah dengan sembilan Terbuka Australia, lima gelaran Wimbledon dan tiga di Terbuka Amerika Syarikat.
Pemain dari Serbia itu merupakan atlet tenis lelaki pertama sejak Rod Rod Laver pada tahun 1969 yang memenangi keempat-empat Slam. Beliau juga merupakan lelaki pertama yang memenangi gelaran Slam dengan dua kali kembali dari dua set dalam kejohanan yang sama.
“Suasana ketika itu seperti kilat. Ini adalah impian. Sukar memperoleh gelaran ketika menentang pemain hebat. Tiga hari yang menguji fizikal dan mental,” katanya kepada pemberita.
Sebelum ini, Djokovic menghabiskan masa lebih empat jam di gelanggang untuk mengalahkan juara bertahan, Rafael Nadal pada Jumaat lalu.
Walau bagaimanapun, ketika servis awal perlawanan, Tsitsipas berjaya peroleh dua mata pertama. Namun, Djokovic, sebaliknya, tidak melepaskan satu mata dalam tiga permainan servis pertamanya. – AGENSI