Glasgow sah anjur Sukan Komanwel 2026

Glasgow sah anjur Sukan Komanwel 2026

KATIE SADLEIR - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mengesahkan Glasgow sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 yang akan berlangsung pada 23 Julai hingga 2 Ogos 2026 sekali gus menganjurkan temasya tersebut buat kali kedua selepas 2014.

Masa depan penganjuran Sukan Komanwel 2026 diragui apabila tuan rumah asal iaitu Victoria, Australia menarik diri pada tahun lalu dengan alasan kos meningkat sebelum kerajaan Scotland memberi kebenaran kepada Glasgow untuk menganjurkannya pada bulan lalu.

Bagi edisi akan datang bakal menyaksikan hanya 10 sukan dipertandingkan berbanding 19 sewaktu Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.

Program sukan termasuk olahraga dan para (trek dan padang), renang dan para renang, gimnastik artistik, trek berbasikal dan para trek berbasikal, bola jaring, angkat berat dan powerlifting, tinju, judo, boling padang dan boling padang para dan bola keranjang tiga lawan tiga dan bola keranjang kerusi roda tiga lawan tiga.

CGF menyatakan bahawa Sukan Komanwel Glasgow 2026 akan membawa lebih daripada 100 juta pound (RM562 juta) pelaburan ke dalam bandar itu dan dijangka menyokong lebih daripada 150 juta pound (RM843 juta) nilai ekonomi tambahan untuk kawasan tersebut.

“Mewakili seluruh gerakan Sukan Komanwel, kami berbesar hati untuk mengesahkan bahawa Sukan Komanwel 2026 akan berlangsung di bandar tuan rumah Glasgow,” kata Ketua Eksekutif CGF, Katie Sadleir.

Britain dan Australia telah menganjurkan lima daripada enam edisi terakhir antara mereka, tetapi Sadleir percaya model yang diperkecilkan ini akan meningkatkan potensi tuan rumah pada masa depan.

“Sukan Komanwel 2026 adalah jambatan kepada Sukan Komanwel di masa hadapan. Ini adalah langkah pertama kami untuk menetapkan semula penganjuran sukan ini lebih lestari, tidak menjejaskan alam sekitar dan meningkatkan impak social,” katanya.

CGF menegaskan bahawa tiada keperluan pembiayaan awam untuk melaksanakan Sukan Komanwel Glasgow 2026, dengan Australia membiayai sebahagian daripada kos selepas penarikan Victoria.

Victoria menarik diri selepas menyebut anggaran kos lebih daripada AS$6 bilion (RM25 bilion). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya