Eain Yow, Sivasangari muncul juara skuasy kebangsaan

Eain Yow, Sivasangari muncul juara skuasy kebangsaan

NG Eain Yow.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada kejutan dicipta di gelanggang kaca Arena Nicol David apabila Ng Eain Yow dan S. Sivasangari yang diletakkan selaku pilihan utama merangkul gelaran pada final Kejohanan Skuasy Kebangsaan ke-37 kategori lelaki serta wanita perdana di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil dekat sini, hari ini.

Eain Yow yang merupakan pemain No. 23 dunia tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan juara bertahan, Ivan Yuen menerusi kemenangan straight set 11-6, 11-3, 11-2 dalam masa 27 minit.

Jika edisi lalu, Eain Yow memilih untuk menarik diri atas sebab peribadi, namun, kali ini dia menerima cabaran tersebut dan ternyata selaku pilihan pertama anak muda berusia 24 tahun itu berjaya menyekat hajat Ivan melebarkan rekod kemenangan kelimanya pada kejohanan kebangsaan.

Eain Yow sebelum ini ada menyatakan penyertaannya pada kejohanan edisi ke-37 itu adalah antara rangka persiapannya untuk Sukan Komanwel yang bakal berlangsung di Birmingham hujung Julai ini.

Lebih manis, kejayaan anak kelahiran Kuala Lumpur itu merupakan kemenangan sulung buatnya pada kejuaraan kebangsaan.

S. Sivasangari menewaskan Aifa Azman pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan ke-37 di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ni. – Gambar FB SRAM

Sementara itu, dalam saingan wanita, pemain No. 19 dunia, Sivasangari pula menebus kehampaannya pada final edisi lalu apabila menewaskan Aifa Azman 12-10, 9-11, 11-6, 11-9.

Pada final 2020 iaitu edisi ke-36, Sivasangari dikecewakan oleh Low Wee Wern yang mengungguli perlawanan akhir sekali pun, berjaya memberikan tentangan hebat.

Namun, kali ini Sivasangari enggan berputih mata lagi apabila dia mempamerkan aksi dominan sejak awal saingan, walaupun melepaskan set kedua kepada Aifa, sebelum bangkit kembali untuk menutup aksi dalam dua set berikut.

Bagi Aifa pula, pemain yang menghuni ranking ke-28 dunia, percubaannya untuk merangkul gelaran sulung kebangsaan menemui kegagalan, tetapi berdasarkan prestasi yang dipamerkan gadis berusia 21 tahun itu dia mampu menghadirkan cabaran sihat kepada Sivasangari pada masa akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya