Negeri Sembilan, KL mara ke suku akhir

Negeri Sembilan, KL mara ke suku akhir

PERTEMUAN KL berdepan Penjara dalam perlawanan Kumpulan D acara regu lelaki di Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (KL) melangkah bergaya ke suku akhir acara regu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit di sini, semalam.

Negeri Sembilan lebih awal mengesahkan tempat ke suku akhir selepas muncul juara Kumpulan B manakala KL pula tidak berdepan tugas getir ketika menjinakkan Penjara 2-0 selaku juara Kumpulan D.

KL yang membariskan gandingan mantap menerusi Muhammad Syahir Mohd. Rosdi (tekong), Amirul Zazwan Amir (apit kiri) dan Aekkasit Naphom (apit kanan) mudah menjinakkan Penjara menerusi kemenangan 15-6 dan 15-8 dalam tempoh 40 minit.

Servis kencang Muhammad Syahir menjadi senjata utama kejayaan pasukan itu yang sebelum ini terhimpit selepas tewas mengejut 1-2 kepada Selangor.

Pengurus KL, Mohd. Zambri Abd. Rahman berkata, pasukannya membuktikan kemampuan mengatasi Penjara 2-0 bagi mengesahkan tempat ke suku akhir.

“Dalam saingan suku akhir kita akan mempertaruhkan gandingan utama Muhammad Syahir, Amirul Azwan dan Aekkasit Naphom jika ingin melangkah ke separuh akhir dan akhir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya