Regu wanita berentap di Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali

Regu wanita berentap di Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2024

BARISAN pemain Perak yang muncul juara acara beregu Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2023 di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Buat pertama kali acara regu wanita dipertandingkan dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2024 yang akan berlangsung di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit di sini dari 2 hingga 8 Disember ini.

Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Abidullah Salleh berkata, sembilan pasukan telah mengesahkan bertanding iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perak, Sabah dan Kuala Lumpur yang diletakkan dalam Kumpulan A.

Menurutnya, Kumpulan B pula terdiri daripada Perlis, Melaka, Kelantan, Kedah dan Selangor.

“Tujuan kita selitkan acara regu wanita kerana tidak ada pertandingan khusus untuk wanita diadakan di mana-mana negeri melainkan temasya Sukan Asia, Sukan SEA dan Piala Raja Thai.

“Jadi dengan adanya kategori wanita ini acara sepak takraw akan dapat menarik minat golongan remaja untuk terlibat dan menambah lebih ramai pemain di masa akan datang,” katanya.

Tambah Abidullah, bagi kategori lelaki sebanyak 18 pasukan disahkan bertanding manakala 18 pasukan lagi dalam acara beregu.

Katanya, Kelantan tidak menghantar pasukan regu dan beregu lelaki tetapi mempertaruhkan skuad wanita kerana terkandas disebabkan banjir yang melanda.

Jelasnya, kesemua 18 pemain sepak takraw kebangsaan bakal beraksi mewakili pasukan negeri masing-masing manakala 18 pemain import dari Thailand dan tiga dari Indonesia juga akan memeriahkan kejohanan.

“Penyandang tahun lalu, Perak yang menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir akan mempertahankan kejuaraan apabila membariskan pemain yang sama menerusi gandingan, Muhammad Noraizat Mohd. Nordin (apit kanan),  Meor Zulfikar Mat Amin (tekong) dan Aidil Aiman Azwawi (apit kiri),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya