KPT-Masum Knights 'mangsa' pertama Piala Juara-Juara - Utusan Malaysia

KPT-Masum Knights ‘mangsa’ pertama Piala Juara-Juara

TEKONG KPT-Masum Knights, Mustaqim Zainordin melakukan servis ketika menentang NS Antlers dalam saingan Kumpulan A, Piala Juara-Juara STL di Iskandar Studio, Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Perjalanan KPT-Masum Knights dalam Piala Juara-Juara STL berakhir setelah tewas 16-21, 25-24, 9-21 kepada Negeri Sembilan (NS) Antlers di Iskandar Malaysia Studio, hari ini.

Ia kekalahan kedua buat pasukan kendalian Ahmad Sufi Mohamed Hashim setelah tewas di tangan ATM Guardians dalam aksi pembukaan Kumpulan A, semalam.

Pada set pertama KPT-Masum Knights bermula lesu apabila ketinggalan 0-4 sebelum bangkit mengikat kedudukan 4-4 menghukum kesilapan pemain lawan.

Rejaman Amir Syahiran Mohd. Fuzi yang beberapa kali gagal diapungkan lawan meletakkan pasukan mendahului permainan pada kedudukan 11-9.

Anak -anak buah Shahibol Mazlan kembali mendapat rentak apabila memintas kutipan mata 14-12 sebelum menjarakkan kedudukan 18-14.

Tekong NS Antlers, Mohamad Hisham Mat memastikan pasukanya terus selesa menerusi servis yang gagal disambut dengan baik untuk menang 21-16.

REJAMAN Amir Syahiran Fuzi dari dari KPT Masum-Knights kandas di jaring ketika menentang NS Antlers dalam Piala Juara-Juara di Iskandar Studio, Iskandar Puteri hari ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Di set kedua, permainan KPT-Masum Knights berjaya menyaingi kekuatan pasukan lawan apabila berjaya memastikan tidak ketinggalan dari segi pungutan mata sehingga penghujung set.

Tuah memihak kepada KPT-Masum Knights setelah kesilapan yang dilakukan pemain lawan membolehkan mereka menang set kedua dan mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada set ketiga, Negeri Sembilan Antlers mengganas apabila mendahului 5-0 hasil mata yang disumbangkan melalui servis Mohamad Hisham dan rejaman Muhamad Norhaffizi Abd Razak.

KPT-Masum Knights cuba bagi mengejar di kedudukan 8-7, namun kapten NS Antlers, Mohd. Syazreenqamar Salehan memastikan lawan tidak mampu mencipta kebangkitan dengan menjarakkan kedudukan 13-7.

NS Antlers terus mengorak langkah menghukum kesilapan lawan dan Norhaffizi memastikan pasukannya menang 21-9.

Pertemuan dengan juara Liga Premier, Anuar Emas Liga Sepak Takraw (STL) musim ini, ATM Guardians, Rabu ini bakal menjadi penentu sama ada Antlers mampu mara ke separuh akhir atau kecundang di peringkat kumpulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya