18 jaguh Muay Thai antarabangsa bertarung di Jengka

18 jaguh Muay Thai antarabangsa bertarung di Jengka

JAGUH Muay Thai Mohd Fahmi Irfan Mohd Fadli (kanan), Mohd Hafizal dan Mohd Haiqal Mat Nor (kiri) bersama tali pinggang yang menjadi rebutan Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Jengka 2024 di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seramai 18 jaguh Muay Thai dari lima negara bertarung memburu gelaran dan merebut tali pinggang Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Jengka 2024 di perkarangan Stadium Tun Abdul Razak Jengka di malam kemuncak esok

Pengurus Kejohanan Mohd Hafizal Mahmud berkata, kejohanan anjuran Triple 9 Event Management Resources yang bermula 23 Oktober diwakili jaguh dari Afghanistan, Ukraine, Thailand, Yemen dan tuan rumah Malaysia.

Menurutnya, jaguh Malaysia di wakili antaranya Hakim Red Army dari ATM Malaysia, Ali Yaakub ( GYM Captain Malaysia), Mat Korro ( 999 Muaythai Club), Eykal Sor Asuwan ( Black Tiger Muay Thai Gym Kelantan dan Iwan Raden mas ( Kuda Merah PDRM), Aiman Batman ( Kuda Putih Pulau Pinang) dan lain-lain.

“Pertarungan menarik yang dinanti-nantikan ialah perlawanan Team Malaysia menentang team Afghanistan iaitu Hakim Red Army dari ATM Malaysia menentang jaguh ternama dari Afghanistan, Navi Dullah Sampuri, Long.

“Perlawanan lain yang ditunggu peminat muaythai ialah Long Red Army ( Red Army MuayThai ATM menentang Vitaly Dibina ( Tiger Muay Thai ( Ukraine) dan pertarungan Ali Yaakob ( Gym Captain Malaysia) menentang Worachat ( Wright Penang dari Thailand,” katanya kepada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, Jengka International Muay Thai Fight 2024 bertujuan bagi mempopular lagi sukan muaythai kepada Masyarakat Felda selain memperkenalkan Masyarakat Felda kepada Masyarakat dunia.

Beliau berkata, sepanjang kejohanan dijangka lebih 25,000 pengunjung hadir menyaksikan perlawanan yang julung-julung kali diadakan di Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Ujarnya, kejohanan tersebut juga menjadi medan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan lasak terbabit yang kini semakin menjadi tumpuan berikutan populariti jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar,18,,atau lebih dikenali dengan panggilan Jojo.

“Semakin ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka menyertai latihan dan ini menjadi platform untuk kita melahirkan lebih ramai jaguh baharu,” tambahnya.

Lebih menarik penonton berpeluang merebut hadiah utama cabutan bertuah wang tunai RM30,000, kedua sebuah kereta Vios, dua buah motosikal dan 10 hadiah wang tunai RM500 kepada penonton bertuah.

Sementara itu, bagi petinju paling muda, Mohd Fahmi Irfan Mohd Fadli,18 yang mewakili Kelab Burung Antu Muay Thai Gym 999 di Temerloh tidak menganggap umur sebagai penghalang untuk meraih tali pinggang kejohanan tersebut.

Berdepan Mohd Haiqal Mat Nor,22 dari Black Tiger Muaythai Gym Kelantan, Fahmi yang pernah berentap mewakili Terengganu di Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak baru-baru ini ingin menggunakan pengalaman sedia ada sebaik mungkin.

Sebanyak sembilan kelab tempatan dan luar negara berentap dalam kejohanan itu yang turut menawarkan cabutan bertuah utama hadiah wang tunai RM30,000 untuk pengunjung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya