Jojo terus gegar dunia, menang KO dalam masa 36 saat

Jojo terus gegar dunia, menang KO dalam masa 36 saat

JOHAN Ghazali Zulfikar menjadi petarung termuda berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000. – IHSAN JOHAN GHAZALI ZULFIKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfika hanya memerlukan 36 saat untuk muncul juara kategori catchweight MuayThai Primetime US, ONE Championship 2023 di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Johan yang terkenal dengan gelaran Jojo tidak perlu bermandi peluh untuk menewaskan pencabar dari Mexico yang juga merupakan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares secara knockout (KO).

Jojo, 17, yang mewakili Rentap MuayThai Gym, pada mulanya diasak di bahagian kaki sebelum melakukan lima serangan balas di bahagian badan dan muka Tabares dari pasukan Fighting Demons/Richard Cruz MuayThai.

Lawan berusia 29 tahun dan lebih berpengalaman itu ternyata tidak dapat menampung serangan dilakukan Jojo sehingga menyaksikan Tabares terdudu menahan kesakitan.

Pengadil perlawanan menghentikan perlawanan sebelum mengumumkan kemenangan  Jojo menerusi keputusan KO.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya