PARIS: Pelari pecut Saint Lucia, Julien Alfred mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas acara 100 meter (m) wanita di Sukan Olimpik Paris. Kejayaan tersebut turut menjadikan Saint Lucia negara pertama dari Caribbean memenangi emas dalam sejarah Olimpik. Pelari berusia 23 tahun itu mengejutkan juara bertahan dunia dari Amerika Syarikat (AS), Sha’Carri Richardson apabila merangkul emas selepas menamatkan perlumbaan 10.72 saat (s). Richardson memenangi perak dengan 10.87s diikuti rakan senegaranya, Melissa Jefferson di tempat ketiga dengan 10.92s. Alfred mendedikasikan kemenangannya itu kepada mendiang ayahnya yang meninggal dunia pada 2013 selepas mengimbau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya