Bastianini menang perlumbaan pecut MotoGP Thailand

Bastianini menang perlumbaan pecut MotoGP Thailand

AKSI pelumba Ducati, Enea Bastianini meraikan kemenangannya dalam perlumbaan pecut MotoGP Thailand di Litar Antarabangsa Buriram, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BURIRAM: Pelumba Ducati, Enea Bastianini memenangi perlumbaan pecut pada MotoGP Thailand meninggalkan dua pencabar utamanya, Jorge Martin dan Francesco Bagnaia masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga, hari ini.
Pelumba Ducati Pramac, Martin melebarkan kejuaraannya musim ini selepas mengumpul 433 mata mengatasi Bagnaia 22 mata menjelang Grand Prix (GP) Thailand di Litar Antarabangsa Buriram, esok.
Penyandang juara dunia, Bagnaia memulakan perlumbaan pecut di petak pertama namun disebabkan permulaan dramatik telah menyebabkan pendahulu berubah ke tangan Bastianini.
Beraksi dalam cuaca panas terik, Martin yang sedang memburu kejuaraan dunia buat kali pertama bermula di petak ketiga bagaimanapun berjaya memintas pelumba Itali, Bagnaia.
Tempat keempat menjadi milik juara dunia enam kali, Marc Marquez yang sebelum ini menjuarai GP Australia pada minggu lalu diikuti adiknya, Alex di kedudukan kelima. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya