LONDON: Impian pelumba Racing Bulls , Yuki Tsunoda menjadi kenyataan selepas ‘dinaikkan’ pangkat menjadi pemandu Red Bull Racing. Dalam satu video yang dikongsi oleh Racing Bulls, Tsunoda mengucapkan penghargaan kepada pasukan serta penyokongnya atas pengalaman luar biasa bersama mereka. “Hai semua, Yuki di sini. Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan dan peminat VCARB yang luar biasa atas perjalanan yang menakjubkan serta begitu banyak kenangan istimewa. “Saya akan tetap dalam keluarga Red Bull, jadi saya tidak akan jauh. Jumpa anda semua di paddock. Saya tidak sabar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya