Khidmat Ahmad Faedzal tamat Februari 2025

Khidmat Ahmad Faedzal tamat Februari 2025

Ahmad Faedzal Md. Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli mengesahkan dia tidak akan melanjutkan perkhidmatannya di agensi kerajaan itu yang akan tamat pada 24 Februari ini.

Ahmad Faedzal merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagaimanapun berkata tidak mengetahui destinasi dia seterusnya apabila perkara tersebut akan ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Saya akan tamat pada 24 Februari ini selepas genap enam tahun. Peminjaman saya tidak sampai Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028. Saya adalah PTD, jadi selepas ini JPA akan buat keputusan saya pergi ke mana.

“Tidak ada kemungkinan (sambung) sebab saya tertakluk kepada tatacara peminjaman yang selalu standard lima tahun dan kalau ada lanjutan itu berdasarkan kes-kes tertentu,” katanya.

Ahmad Faedzal mengakui pengalamannya membantu kontinjen negara untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 ketika penularan wabak COVID-19 antara kenangan manis sepanjang memimpin ISN.

“Ketika ini kita menghadapi pelbagai cabaran gelembung sukan kemudian kita bertanding dalam situasi kuarantin di mana Sukan Olimpik Tokyo mempunyai prosedur operasi (SOP) ketat.

“Ia merupakan situasi sekali seumur hidup nak bantu atlet peringkat tertinggi dan ketika temasya itu saya ada pergi dan waktu itu melihat detik menimpa atlet paralimpik Muhammad Ziyad Zolkefli,” katanya.

Ahmad Faedzal mula berkhidmat di ISN pada 25 Februari 2019 menggantikan Dr. Mohd Khairi Zawi. Sebelum itu dia merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya