Sarjit kejar masa bentuk skuad terbaik

Sarjit kejar masa bentuk skuad terbaik

KETUA Jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh ketika bersama skuad negara pada Siri jelajah Eropah.-IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Sarjit Singh berdepan cabaran getir dalam usaha membentuk Speedy Tigers yang lebih ampuh menjelang musim baharu.

Dengan jadual padat tahun ini, beliau menganggap setiap kejohanan sebagai peluang terbaik untuk memperkasakan pasukan dan membina momentum yang konsisten.

Persiapan ke Australia hujung bulan depan menjadi fasa penting sebelum skuad negara menguji kekuatan sebenar di Kejohanan Piala Negara-negara di Kuala Lumpur, pada Jun.

“Adalah penting untuk kami beraksi cemerlang dalam kejohanan ini kerana dalam penyertaan terakhir, persembahan kami bagus tetapi sukar tanpa penjaga gol, Hafizuddin (Othman).

“Prestasi kami bagus tetapi kami memerlukan keputusan yang memberangsangkan. Bagaimanapun, sasaran kami tetap kepada Sukan Asia tahun depan,” kata Sarjit.

Sarjit percaya pasukannya berada di landasan tepat, namun menegaskan bahawa keputusan yang lebih baik perlu dicapai, bukan sekadar aksi meyakinkan di padang.

“Tahun lalu saya sudah menyatakan bahawa kami memerlukan sekitar 40 perlawanan, tetapi hanya dapat mengaturkan 17 sahaja.

“Sekiranya kami dapat mengadakan perlawanan kualiti dan bina momentum, kami mampu beraksi lebih baik,” katanya.

Speedy Tigers dijadual menyertai beberapa kejohanan utama termasuk aksi di Australia, Piala Negara-Negara, Piala Asia dan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya