Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil diberi keutamaan kepada KHM

Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil diberi keutamaan kepada KHM

PEMAIN hoki kebangsaan ketika menjalani latihan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan untuk memberi keutamaan kepada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam penggunaan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sepanjang tahun hadapan.

Ketua pegawai eksekutifnya, Iliyas Jamil berkata, tiada sebarang aktiviti konsert diadakan di venue terbabit jika skuad hoki kebangsaan perlu melakukan persiapan bagi menghadapi sesebuah kejohanan.

“Tidak perlu bimbang kerana semua konsert yang diadakan di venue itu kami akan laksanakan mengikut kesesuaian penggunaan KHM. Jadi, itu bermakna apa-apa pun kami akan utamakan KHM.

“Penganjuran konsert diadakan mengikutkan kesesuaian tarikh dan jika skuad hoki kebangsaan perlu melakukan persiapan untuk menyertai mana-mana kejohanan kita akan kosongkan tarikh tersebut daripada anjurkan apa-apa konsert.

“Sama seperti Stadium Nasional Bukit Jalil yang mana kita utamakan skuad Harimau Malaya begitu juga dengan hoki,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 26 konsert bakal dianjurkan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sepanjang tahun hadapan.

Mengulas lanjut, Iliyas berkata pihaknya masih belum menerima pengesahan sepenuhnya malah jumlah tersebut berkemungkinan kurang daripada 26 konsert.

“Daripada 26 konsert tersebut bukan semuanya akan diadakan kerana ada sesetengah daripadanya masih belum pasti. Tambahan pula, ada juga yang berada di fasa pertanyaan. KHM tak perlu bimbang malah kami juga telah mengadakan perbincangan bersama mereka,” katanya.

Tahun hadapan bakal menyaksikan skuad hoki kebangsaan melakukan persiapan bagi mengharungi Piala Asia iaitu kelayakan Piala Dunia Piala Dunia 2026 di Belgium dan Belanda serta Sukan SEA di Thailand.

Skuad senior lelaki akan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah dan Kejohanan Piala Negara-Negara. Bagi skuad junior pula mereka bakal menyertai Piala Dunia Remaja dan Piala Sultan Johor (SOJC).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya