Malaysia terpaksa berpuas hati tempat keempat

Malaysia terpaksa berpuas hati tempat keempat

MALAYSIA mengekang asakan Australia pada Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Tuanku Zara di Ipoh hari ini. Australia menang 2-0. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Skuad hoki wanita Malaysia terpaksa berpuas hati di tempat keempat Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Tuanku Zara selepas tumpas 0-2 kepada Australia dalam perlawanan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Walaupun menguasai permainan tetapi ia ternyata tidak mencukupi untuk Malaysia menyekat Australia.

Kegagalan menyempurnakan 10 pukulan sudut penalti adalah faktor menyumbang kegagalan Malaysia.

Sebaliknya, Jessica Moffat memanfaatkan peluang daripada jaringan padang pada minit ke-23 untuk memisahkan kedudukan antara kedua-kedua pasukan.

Malaysia menyerbu garang selepas ketinggalan dan memperoleh lima pukulan sudut penalti tetapi gagal menghasilkan sebarang gol.

Ketangkasan penjaga gol lawan, Jessica Speechley serta kesilapan semasa menampan bola menyebabkan Malaysia gigit jari.

Bertentangan dengan arus permainan Holy Gilbar, memusnahkan impian Malaysia apabila menjaring gol kedua Australia pada minit ke-31.

Walaupun tuan rumah mempunyai tiga pukulan sudut penalti selepas itu tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil.

“Kami bertahan dengan baik kerana Malaysia menyerang habis-habisan. Saya gembira kami akan pulang dengan pingat gangsa,” kata jurulatih Australia, Jonathon Stebbings.

Beliau juga berharap untuk kembali dua tahun lagi dengan pasukan sama yang lebih kuat dan berpengalaman.

Sementara itu, jurulatih Malaysia, Mohd. Osman berkata, mereka gagal menggunakan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

“Kami mencipta banyak peluang tetapi gagal memanfaatkannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya