Malaysia turun dengan mentaliti menang

Malaysia turun dengan mentaliti menang

SKUAD Speedy Tigers bersedia untuk memberi tentangan terbaik dalam Piala Sultan Azlan Shah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Skuad Speedy Tigers berjanji akan turun dengan mentaliti menang dan memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan apabila memulakan kempen hoki  Piala Sultan Azlan Shah  ke-29 di Ipoh, Selasa ini.

Pengurus pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, Malaysia turun sebagai pasukan ranking tertinggi dalam kalangan enam negara, dan itu meletakkan anak-anak buah Arul Selvaraj sebagai pilihan utama.

“Pemain turun dengan ‘mentaliti menang’ dalam setiap perlawanan dan berusaha membuktikan kemampuan kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Begitupun Mirnawan atau lebih terkenal sebagai ‘Bos’ mengingatkan pemain negara supaya tidak bersikap terlalu yakin.

“Kita pernah tumpas kepada Korea Selatan di Indonesia baru-baru ini walaupun mereka menduduki kedudukan di bawah kita,” katanya.

MIRNAWAN NAWAWI

Malah di Ipoh nanti, pasukan yang mendapat julukan Speedy Tigers itu tampil tanpa khidmat beberapa pemain utama iatu ketua pasukan, Muhammad Marhan Jalil serta penyerang, Shahril Saabah dan Faizal Shaari.

Marhan dan Shahril masih merawat kecederaan sementara Faizal bersama kelabnya.

“Ketiadaan mereka akan menjejas kemampuan kita tetapi kita ada pengganti mereka.

“Inilah peluang pemain-pemain muda ini membuktikan kemampuan mereka.

“Saya berharap mereka mengguna peluang ini untuk menunjukkan kemampuan sebenar mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya