Liu Yujie semakin hampir bergelar juara

Liu Yujie semakin hampir bergelar juara

LIU Yujie cemerlang dengan catatan 12 bawah par 204 pukulan semakin di Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia Edisi Ke-119 berlangsung di Kelab Golf Tiara & Country, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hujan pada sebelah pagi sedikit menjejaskan tumpuan pemain apabila tidak ada seorang pun berjaya melakukan pukulan di bawah par selepas tiga hari Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia Edisi Ke-119 berlangsung di Kelab Golf Tiara & Country di sini, hari ini.

Begitupun, kelegaan buat dua pemain negara, Andrew Yap Yung Cheng dan Zia Iqmal Abdul Rashid muncul sebagai pendahulu bersama seorang lagi pemain dari Vietnam, Nguen Anh Minh yang masing-masing menyamai par 216 pukulan.

Andrew yang baru menjuarai Kejohanan Golf Terbuka Amatur Peugeot Selangor Ke-48 di Kelab Golf Negara Subang (KGNS) di Petaling Jaya, Selangor, awal bulan ini dilihat mampu meraih gelaran keduanya.

Meskipun hujan pada sebelah pagi sedikit menjejaskan tumpuan pemain, namun Andrew mampu beraksi cemerlang melakukan catatan dua bawah par 70 untuk keseluruhan mengumpul 216 pukulan.

Sudah pasti saingan hari terakhir esok menjadikan edisi ke-119 paling sengit untuk menentukan kejuaraan milik siapa.

Mengekori rapat adalah pendahulu hari kedua, Hariz Hezri yang gagal mengekalkan prestasi untuk berada di kedudukan kedua, berkongsi bersama tiga pemain dari Korea.

Hariz yang juga juara Kejohanan Golf Jemputan Junior RSGC-SportExcel Kelapan, Jun lalu berkongsi kedudukan bersama Park Jae Min, Jun Hee Choi dan Seung Hyun Pi apabila masing-masing mencatat 217 pukulan.

Sementara itu, bagi kategori wanita, pemain remaja dari China, Liu Yujie semakin pasti bergelar juara apabila berjaya mencatat 12 bawah par 204 pukulan.

Pemain berusia 13 tahun itu mempamerkan aksi paling mantap dengan mencatat enam bawah 66 pukulan pada saingan hari ketiga.

Berbekalkan kelebihan sembilan pukulan, Yujie mengatasi pemain wanita negara yang juga pemenang pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, Ng Jing Xuen yang berada di tempat kedua.

Jing Xuen mencatat empat bawah par 68 pukulan untuk keseluruhan mengumpul 213 pukulan berkongsi kedudukan dengan pemain dari Thailand, Thitikarn Thapasit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya