Malcolm, Zulaikah dahului hari pembukaan TSMCG - Utusan Malaysia

Malcolm, Zulaikah dahului hari pembukaan TSMCG

Malcolm Ting membuat pukulan pada penampilan di hari pertama kejohanan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Malcolm Ting mendahului hari pertama kejohanan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) kategori lelaki dengan catatan pukulan par 72 di lapangan Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC)  semalam.

Beliau yang merupakan juara Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa pada 2019 diikuti rapat oleh dua pemain iaitu Adam Arid Madzri dan Umar Khushairi Muhd. Kamal selepas masing-masing mengumpul satu di atas par 73 dalam pusingan pembukaan.

Sementara bagi kategori wanita pula itu, Zulaikah Nurziana Nasser mendominasi hari pertama selepas berjaya membuat satu dibawah par 71, satu di bawah par dan diikuti rapat Liyana Azizan Durasic dengan 72 pukulan serta Ashley Goh dengan 74 pukulan.

TSMCG berlangsung selama tiga hari bermula semalam dengan majlis pelancaran disempurnakan oleh Presiden TSMCG, Datuk Ir. Zainuddin Mohd. Radzi sambil ditemani oleh Setiausaha Kehormat Malaysian Golf Assocation (MGA), Datuk Zulkifli Ismail.

Kejohanan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) dilancarkan secara rasmi semalam.

Pengasas TSMCG, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga seorang pemain golf tegar turut hadir selepas pukulan mula untuk memberi perangsang dan dorongan kepada pemain-pemain muda yang menyertai kejohanan kali ini.

Hari pertama kejohanan menyaksikan pertandingan yang sengit diantara pemain-pemain muda yang dibawa oleh MGA berdasarkan kumpulan mata yang kebanyakkan mereka adalah merupakan pemain negara.

Pengarah Kejohanan, Azemi Jusoh berkata, hari pertama kejohanan menyaksikan pemain pilihan kategori wanita, Mirabel Ting terpaksa menarik diri di Lubang 17 kerana komplikasi kesihatan.

“Segala persiapan telah dilakukan untuk menjaga kebajikan dan kesihatan pemain yang bertanding. Mirabel juga telah diberikan bantuan oleh pasukan teknikal dan perubatan ketika dia berada di Lubang 15.

“Pemain-pemain bermain sehabis baik akan tetapi ‘course’ yang sukar menyebabkan mereka terpaksa mengambil masa yang lama di padang. Inilah juga sebabnya ada yang masih bermain menjelang tengahari.

“Dengan pengunduran Mirabel, bilangan peserta wanita turun kepada 29 manakala kategori lelaki kekal dengan 54 orang peserta,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya