Metal Slug: Awakening dibuka 22 Ogos - Utusan Malaysia

Metal Slug: Awakening dibuka 22 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Permainan e-sukan dan mudah alih popular, Metal Slug: Awakening akan memulakan fasa beta terbuka secara rasminya pada 22 Ogos ini dan bakal dilengkapi dengan reka grafik yang diperbaharui bagi memberi impak permainan yang lebih memukau.

Dinobatkan sebagai versi mudah alih yang paling dinanti-nantikan dalam sejarah, Metal Slug: Awakening bukan sahaja mengekalkan kebanyakan peta, Boss, kenderaan dan watak-watak asalnya seperti Marco, Tarma dan Fio, malah turut dinaik taraf dengan grafik HD yang mempamerkan pergerakan watak yang nyata serta ekspresi wajah yang realistik.

Selain penampilan baharu watak ikonik dalam versi mudah alih ini, Metal Slug: Awakening turut menampilkan pelbagai naik taraf senjata yang inovatif bukan sahaja menerusi reka bentuknya, tetapi dari segi kekuatan dan Damage.

Selain itu, versi mudah alih ini turut dilengkapi dengan barisan senjata baharu termasuklah Boxing Gun, Saw Launcher, dan banyak lagi seleksi unik lain.

Memasuki peringkat awal permainan Metal Slug: Awakening, para komander akan dapat melalui semula jalan cerita ikonik, World Adventure yang hampir menyerupai versi arked sebelum ini.

Bukan itu sahaja, mod kawalannya turut diubah suai secara menyeluruh bagi membolehkan pengalaman bermain tatal sisi lebih lancar sama seperti dulu.

Sewaktu memasuki mod pertempuran Prime Showdown PvP, dengan secara automatiknya sistem permainan akan mengimbangi Damage, Armor dan Health Point (HP) setiap komander untuk disesuaikan ke tahap yang sama dengan komander lain.

Menerusi semua peta yang telah dinaik taraf pula, setiap komander dapat bergabung dengan tiga watak pilihan mereka untuk bersaing dengan pihak lawan, disamping mengawal pergerakan watak secara bebas di medan perang serta melawan Boss untuk mendaki aras lebih tinggi dan merebut pelbagai sumber yang menambahkan daya kekuatan.

Selain daripada mod PVP, buat pertama kali dalam sejarah,Metal Slug: Awakening turut memperkenalkan gaya permainan Roguelike iaitu Hot Pursuit, satu lagi pembaharuan inovatif yang dibawakan oleh harta intelek legenda ini.

Setiap misi Hot Pursuit mengandungi 10 peringkat kecil, dan setiap kali selesainya sesuatu peringkat, sistem permainan akan memilih secara rawak tiga daripada empat peningkatan kemahiran yang tersedia: Summon, Black Hole, Barrage & Skill.

Metal Slug: Awakening turut telah mencapai kejayaan penanda aras pra-pendaftaran dengan lebih daripada 2 juta komander berdaftar setakat ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Metal Slug: Awakening, nantikan informasi terbaharu di halaman rasmi https://pre-reg.metalslugawk.vnggames.com/sgmy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya