Warisan Belanda, Sepanyol perkuat Harimau Malaya

Warisan Belanda, Sepanyol perkuat Harimau Malaya

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski bersama pemain warisan dari Belanda, Hector Hevel.-IHSAN IG STORY TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab divisyen dua Portugal, Portimonense SC mengesahkan pemain tengah mereka, Hector Hevel telah menerima panggilan untuk menyertai skuad Harimau Malaya.

Perkhabaran berkenaan sekaligus menyaksikan pemain kelahiran Belanda itu bakal menyarung jersi skuad kebangsaan dalam aksi antarabangsa yang akan datang dan dijangka melaporkan diri pada 17 mac ini.

“Semoga berjaya kepada Hector Hevel ke skuad kebangsaan Malaysia,”kata Portimonense SC dalam satu hantaran di media sosial kelab berkenaan yang mengejutkan peminat bola sepak tempatan, semalam.

Selepas pengumuman itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut memuat naik gambar Hevel yang lengkap berbaju melayu bersama ketua jurulatih, Peter Cklamovski di IG Story baginda.

“31 Januari semua dah lapor, cuma menunggu kelulusan kerajaan aja (sahaja). Malas nak bising-bising,” kata Tunku Mahkota Ismail sebagai kapsyen gambar berkenaan.
Kelmarin, Cklamovski berkata, perkembangan positif dijangka diumumkan pada minggu hadapan dengan tiga pemain warisan bakal tiba di Malaysia untuk menyertai kem latihan Harimau Malaya.

“Proses buat pemain warisan kini dalam peringkat terakhir, saya rasa khabar positif akan tiba minggu hadapan untuk tiga orang pemain,” katanya.

Untuk rekod, Hevel, 28, pernah beraksi bersama ADO Den Haag (Belanda), AEK Larnaca (Cyprus), FC Andorra dan FC Cartagena (Sepanyol) serta GX Pingguo di China sebelum berhijrah ke Portimonense.

Dalam pada itu seorang lagi pemain warisan yang dikaitkan dengan Harimau Malaya adalah pemain pertahanan Sabah FK di Azerbaijan, Jon Irazabal yang berasal dari Sepanyol.

Sejak menyertai Sabah FK, Irazabal sudah merekodkan 87 penampilan, enam gol dan dua bantuan gol, termasuk empat aksi kelayakan Liga Konferens UEFA (UECL).

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti seorang lagi pemain warisan yang yang dimaksudkan oleh Cklamovski dengan cakap-cakap mengatakan pemain itu berasaldari Asia Barat.

Habis.
KAPSYEN: KETUA jurulatih harimau Malaya, Peter Cklamovski bersama pemain warisan dari Belanda, Hector Hevel.-IHSAN IG STORY TUNKU MAHKOTA ISMAIL

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya