Pemain perlu segera kuasai taktikal baharu

Pemain perlu segera kuasai taktikal baharu

Pemain kebangsaan menjalani latihan menjelang perlawanan Kumpulan F Piala Asia menentang Nepal di Padang Seri Gelam, Johor Bahru di sini, kelmarin. -IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan pemain Harimau Malaya perlu segera ‘hadam’ dengan gaya bola sepak yang ingin diterapkan oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski.

Penyerang Harimau Malaya, Paulo Josue berkata, itu merupakan cabaran baharu bagi semua pemain yang melalui era baharu bola sepak negara di bawah bimbingan Cklamovski.

Josue berkata, tempoh latihan selama seminggu sebelum berdepan Nepal pada Selasa ini dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 juga sebenarnya tidak mencukupi.

“Jadi, semua pemain perlu segera memahami idea dan gaya permainan yang mahu diketengahkan, seterusnya terjemahkan di atas padang menentang Nepal kelak,” katanya.

Menurut pemain Kuala Lumpur (KL) City FC itu, gaya permainan menyerang dan agresif yang mahu diterapkan ketua jurulatih kelahiran Australia bersesuaian dengan gaya permainannya.

Selain itu, Josue juga teruja apabila berpeluang bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya di KL City, Romel Morales yang turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

“Ini adalah satu keistimewaan apabila menerima panggilan menyertai kem latihan Harimau Malaya. Pemain yang dipilih ini sesuai dengan gaya permainan yang dimahukan Cklamovski.

“Kami (bersama Morales) saling mengenali dan sudah biasa bermain bersama ketika bersama KL City, bagaimanapun ramai juga pemain yang bagus dipanggil oleh jurulatih,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya