JDT mampu terbang ke Arab Saudi

JDT mampu terbang ke Arab Saudi

PEMAIN pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat (dua dari kanan) mengawal pergerakan penyerang Buriram United, Supachai Chaided (dua dari kiri) pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) di Stadium Chang Arena di Buriram, Thailand, kelmarin.- IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang melakar satu lagi sejarah baharu dalam peta bola sepak Malaysia jika mampu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) yang dilangsungkan di Arab Saudi.

Peluang untuk memahat sejarah itu masih terbuka selepas skuad kendalian Hector Bidoglio berjaya mengikat Buriram United tanpa jaringan di Stadium Chang Arena, kelmarin meskipun dipaksa bekerja keras menahan asakan bertali arus lawannya.

Kelebihan kini bakal memihak kepada Harimau Selatan kerana mereka akan menanti kunjungan Buriram pada 11 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang pastinya akan dipenuhi oleh penyokong setia mereka.

Rekod sepanjang saingan liga ACLE di SSI juga memihak kepada JDT, dengan Ulsan HD dan Pohang Steelers menjadi ‘mangsa’ skuad Harimau Selatan menerusi kemenangan bergaya 3-0 dan 5-2 ketika aksi peringkat kumpulan.

Menurut Bidoglio, pasukannya berdepan cabaran setiap kali beraksi di gelanggang lawan dalam saingan ACLE, namun apabila beraksi di laman, senario permainan akan berbeza dengan pemain menerima sokongan padu peminat.

“Untuk aksi kedua di tempat sendiri nanti, ia tetap mencabar tapi kesempatan bermain di depan penyokong sendiri akan meningkatkan lagi motivasi pemain.

“Keadaan padang pun lebih baik dan sudah tentu fokus kami adalah layak ke pusingan seterusnya,” kata jurulatih kelahiran Argentina itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya