Jangan terlalu yakin boleh ‘makan’ Nepal

Jangan terlalu yakin boleh ‘makan’ Nepal

PEMAIN skuad kebangsaan tekun menjalani latihan di bawah kendalian Peter Cklamovski di Stadium Syultan Ibrahim (SSI) sebagai persiapan bagi aksi pertama Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menantang Nepal pada 25 Mac ini.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya diingatkan untuk tidak memandang rendah keupayaan Nepal menjelang pertemuan aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 pada 25 Mac depan.

Perkara itu diingatkan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim yang terkejut dengan keputusan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang tidak mengadakan sebarang aksi persahabatan menjelang perlawanan tersebut.

Jelasnya, adalah penting untuk pemain mempunyai sekurang-kurangnya satu perlawanan peringkat antarabangsa bersama selepas kali terakhir skuad ini bermain bersama pada 18 November lalu.

Pada kempen Piala ASEAN menyaksikan Harimau Malaya menurunkan ‘skuad kedua’ yang menyaksikan mereka terkandas di peringkat kumpulan.

Irfan Bakti juga mempersoalkan sejauh mana pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengenali pemain-pemain susulan ini merupakan kali pertama jurulatih tersebut berjumpa dengan mereka.

“Mungkin keputusan itu, salah satu sebab barisan pemain dipanggil aktif dalam saingan Liga Super dan risau masalah keletihan apabila turun berdepan Nepal tetapi sepatutnya perlu ada sekurang-kurangnya satu perlawanan.

“Ini bukan aksi biasa tetapi kejohanan penting untuk ke Piala Asia dan jurulatih baharu ini pun tidak pernah jumpa pemain sebelum ini, persoalannya adakah dia telah kenal pasti pemain-pemain itu. Latihan dan perlawanan sebenar dua perkara berbeza.

“Satu perkara pelik kenapa dia panggil (Mohamadou) Sumareh sedangkan dia kurang bermain di Liga Super meskipun dia ada main di Piala MFL.

“Dalam bola sepak kita tidak boleh memandang rendah keupayaan pemain walaupun di atas kertas, Malaysia pasukan pilihan untuk menang perlawanan itu tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam padang,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sebelum ini, Cklamovski memiliki mengakui miliki ramuan tersendiri walaupun hanya diberikan tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim.

Beliau percaya barisan pemain yang dipilih kali ini, rata-rata pernah beraksi bersama dan tentu sekali isu keserasian antara satu sama lain tidak akan timbul walaupun tiada aksi persahabatan dilangsungkan sepanjang sesi latihan yang bermula semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya