Beri laluan FAM buat kerja

Beri laluan FAM buat kerja

Mohd Joehari Mohd Ayub (tiga dari kiri) barisan kepemimpinan baharu pada Kongres Tahunan FAM ke-61. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyokong bola sepak tempatan perlu memberi ruang kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengatur strategi menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2027.

Malaysia dijadual menentang Nepal bagi aksi sulung Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 pada 25 Mac ini, namun sehingga kini skuad Harimau Malaya kekal misteri.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, skuad Harimau Malaya kini berada di bawah pengurusan baharu, maka tidak hairan FAM tidak mengetahui sebarang perkembangan pasukan kebangsaan.

Jamal yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) berkata, pengurusan tertinggi Harimau Malaya tidak perlu menjelaskan semua perkara khususnya kepada peminat dalam usaha mereka memantapkan skuad negara.

“Apa jua perubahan pengurusan Harimau Malaya, kita kena tengok ke arah positif. Tak boleh cakap gagal sebab ia tidak berlaku apa-apa lagi. Apabila kelayakan sudah bermula, baru kita boleh lihat wajah baharu Harimau Malaya.

“Bola ini sukan rakyat, tetapi untuk buat sesuatu yang drastik adakalanya kita tidak boleh mendedahkan semua perkara kepada umum. Tak semua perkara peminat perlu tahu sebab adakalanya ia melibatkan maklumat sulit.

“Jika kita terlalu sibuk nak tahu, saya bimbang nanti Tunku Mahkota Ismail mulai rasa bosan. Saya sendiri pernah jadi Naib Presiden PBNP, jadi saya tahu bagaimana rasanya apabila kita terlibat dalam pengurusan bola sepak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ditanya mengenai hak rakyat untuk mengetahui perkembangan Harimau Malaya memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah memperuntukan RM30 juta untuk skuad kebangsaan, Jamal berkata tidak semua maklumat perlu dikongsi.

“Tak kan semua perkara nak kena beritahu? Ya, itu duit rakyat namun perancangan pasukan cukup di peringkat tertinggi pengurusan. Rakyat tengok perubahan pada pasukan, kalau semuanya nak selak, susah juga,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya