Piala Cabaran: Selangor benam PDRM 3-2

Piala Cabaran: Selangor benam PDRM 3-2

ALVIN Fortes meledak dua gol ketika Selangor menumpskan PDRM 3-2 dalam aksi final pertama Piala Cabaran di Stadium MBPJ.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor meraih bekalan tipis selepas berjaya menumpaskan PDRM FC 3-2 dalam aksi final pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Kemenangan skuad kendalian Katsuhito Kinoshi tidak datang dengan mudah selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten, Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah seawal minit ke-11.

Terdahulu, Gergasi Merah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila umpanan Ronnie Fernandez disudahkan oleh Alvin Fortes untuk menggembirakan penyokong Gergasi Merah.

Kegembiran itu tidak bertahan lama apabila Safuwan dilayangkan kad merah susulan terjahan keras terhadap penyerang PDRM, Shahrel Fikri Fauzi selepas kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Kalamullah Al Hafiz.

Kehilangan kapten pasukan tidak melemahkan perjuangan Selangor FC melakukan asakan bertali arus ke gawang PDRM dan hasilnya, Fortes sekali lagi meledak pada minit ke-18 untuk menewaskan Bryan See buat kali kedua.

Selepas itu, PDRM mula mendapat rentak dan mereka berjaya bangkit meledak dua gol menerusi Shahrel pada minit ke-27 dan Badrul Affendy Mohd Fadzli (m-39) untuk memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, anak buah Kinoshi hanya memerlukan enam minit untuk kembali berada dihadapan dan kali ini giliran penyerang kelahiran Jordan, Ali Olwan pula membuktikan ketajaman penyudahnya.

Tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan selepas itu untuk keputusan 3-2 kekal berpihak kepada Selangor menjelang aksi final kedua di gelanggang sama pada 22 Februari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya