JDT harap trio baharu gegar ACLE

JDT harap trio baharu gegar ACLE

Jonathan Viera dijangka mengetuai jentera serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika berdepan Central Coast Mariners dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Bluetongue, petang ini.- IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio memberi bayangan akan menurunkan tiga pemain import baharu ketika berdepan wakil Australia, Central Coast Mariners dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Bluetongue, petang ini.

Skuad Harimau Selatan bertindak pantas mendapatkan khidmat para pemain kelahiran Sepanyol, Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez dan Roque Mesa yang masing-masing berusia 35 tahun menjelang aksi antarabangsa itu.

Bidoglio berkata, kehadiran tiga muka baharu itu memberi tonik bagi skuad Harimau Selatan untuk memburu slot lapan pasukan terbaik untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

“Bagi saya, apa yang penting mereka merupakan pemain yang berpengalaman, terutamanya dari segi teknikal. Ini memberi nilai tambah bagi pasukan.

“Mereka juga telah bermain lama di peringkat antarabangsa dan mereka tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri. Kehadiran mereka juga memberikan kita lebih banyak pilihan bagi menurunkan kesebelasan yang terbaik dalam saingan ACLE kali ini,” katanya.

JDT menandatangani bekas penyerang Valencia (Viera), bekas pemain pertahanan Villarreal, (Gonzalez) dan bekas pemain tengah Sevilla (Mesa) bagi memperkuatkan pasukan.

Kehadiran trio itu amat penting bagi JDT kerana mereka tidak dapat menggunakan Juan Muniz, Park Jun-heong dan Murilo Henrique yang digantung permainan akibat kad merah.

Ketika ini, JDT menghuni tangga keenam dalam saingan peringkat kumpulan Zon Timur dengan mengumpul lapan mata, berkongsi mata dengan kelab China, Shanghai Port dan kelab Thailand, Buriram United.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya