Megat berminat jadi Presiden FAM

Megat berminat jadi Presiden FAM

MEGAT D. Shahriman Zaharudin (kanan) secara terbuka menyatakan minat untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang kongres pemilihan badan induk itu pada 15 Februari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin bersedia untuk memimpin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) malah jika dipilih beliau tidak akan menerima sebarang bayaran gaji.

Megat D Shahriman berkata perkara pertama yang beliau akan lakukan jika dipilih menjadi Presiden FAM adalah menyemak kedudukan kewangan FAM.

FAM bakal mengadakan kongres pemilihan barisan kepimpinan baharu badan induk itu bagi penggal 2025-2029 yang akan berlangsung pada 15 Februari ini.

“Undi saya, saya tak ambil gaji satu sen pun. FAM sebuah badan induk yang besar, kalau ramai masuk bertanding seronok juga. Sehari sebelum tarikh tutup pencalonan saya akan letak pencalonan.

“Apa pun, perkara pertama yang perlu saya lihat sekiranya menjawat jawatan presiden ialah liabiliti FAM dan kewangan. Perkara ini perlu untuk membolehkan ahli gabungan tahu secara telus terutama mengenai dana yang dimiliki dan ke mana ia disalurkan.

“Jika ada ketirisan, saya perlu telus sama ada perlu membuat laporan polis atau melakukan audit dalaman kerana ini adalah perkara paling penting, tiada apa hendak disembunyikan dan kita terbuka.

“Kita juga akan berbincang (antara ahli gabungan negeri) terutama persatuan yang nazak terutama keperluan mereka. Segala ketirisan perlu dilihat semula agar dana kembali kepada ahli gabungan. Kalau dana tidak pergi ke ahli gabungan apa gunanya.

“Saya bersedia bekerjasama dengan sesiapa sekali pun dan tidak terikat dengan mana-mana pihak ketika ini. Semua pekerjaan harus dilakukan dengan telus. Apapun, terpulang kepada ahli gabungan untuk membuat keputusan,” katanya.

Terdahulu, Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan FAM kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya