Piala Malaysia: Melaka harap tidak jumpa JDT atau Selangor

Piala Malaysia: Melaka harap tidak jumpa JDT atau Selangor

MOHD. ALI Mohd. Rustam bersama para pemain Melaka FC selepas penyampaian bonus atas kejayaan layak ke Piala Malaysia di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Skuad Melaka FC berharap tidak diundi bersama pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Selangor menjelang Majlis Undian Piala Malaysia, malam ini.

Melaka FC selaku pendahulu Liga A1 Semi Pro layak bersama PT Athletic FC dan Kuala Lumpur Rovers FC bakal berentap bersama 13 pasukan Liga Super bagi merebut Piala Malaysia 2024/25 yang bermula 20 November ini.

Pemilik Melaka FC, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, bagi menghadapi kempen Piala Malaysia, pihaknya kini dalam proses memilih dua pemain import tambahan mengikut syarat pertandingan.

“Dua pemain tersebut bakal mengisi bahagian serangan dan pertahanan bergandingan dengan dua pemain import sedia ada untuk Liga A1 Semi Pro berusia bawah 21 tahun. Kita akan uji tiga pemain import dalam minggu ini iaitu dari Nigeria, Ghana dan Perancis serta berharap mereka ini memenuhi kriteria yang dikehendaki.

“Semangat pemain begitu tinggi untuk bersaing walaupun menyedari pasukan Liga Super mempunyai kelebihan seperti JDT atau Selangor,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Gabenor Edisi Ketiga 2024 dan Liga Bola Jaring Piala Toh Puan di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh di sini, Jumaat lalu.

Pada majlis berkenaan, barisan pegawai dan pemain Melaka FC menerima bonus atas kejayaan layak ke Piala Malaysia disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya