K. Devan tidak salahkan pemain

K. Devan tidak salahkan pemain

K. DEVAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jurulatih Melaka FC, K. Devan tidak menyalahkan kesebelasan utamanya selepas tewas 1-4 kepada Terengganu FC dalam saingan aksi pertama Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat di sini, Sabtu lalu.

Katanya, para pemain telah bermain bersungguh-sungguh tetapi tidak berupaya menyaingi kehebatan skuad penyu yang memiliki dua tonggak kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

“Pemain saya telah bermain bersungguh-sungguh dan beri komitmen tinggi tetapi gol awal pada babak pertama menerusi Muhammad Safawi dan sepakan penalti Muhammad Akhyar merobek semangat pemain.

“Sepatutnya Melaka FC boleh dapatkan jaringan pada babak pertama kerana banyak peluang hadir tetapi gagal dimanfaatkan dan bila itu terjadi kita sukar untuk bangkit.

“Jika kita boleh dapatkan jaringan penyamaan mungkin aksi menjadi lain dan tidak mungkin kita akan kalah sampai empat gol,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, hajat Melaka FC untuk melangkah ke suku akhir menghadapi laluan sukar selepas tewas 1-4 kepada Terengganu FC dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat.

Hujan yang turun sebelum perlawanan tidak menyebelahi tuan rumah selaku pendahulu Liga A1 Semipro apabila kesebelasan anak didik K. Devan sukar menundukkan pasukan pelawat.

Tambah Devan, beliau mengakui Terengganu FC merupakan pasukan lengkap kerana dibarisi lima pemain kebangsaan dan import yang hebat.

Katanya, beliau mahu barisan pemainnya mengekalkan corak permainan sama apabila bertandang untuk saingan aksi kedua di tempat lawan, Jumaat ini.

“Pemain saya ada tugas berat untuk mengurangkan defisit tiga gol milik skuad penyu apabila berdepan lawan di gelanggang sendiri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya