Sterling sertai Arsenal secara pinjaman

Sterling sertai Arsenal secara pinjaman

Arsenal berjaya mendapatkan khidmat pemain sayap Chelsea, Raheem Sterling secara pinjaman selama semusim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal berjaya mendapatkan khidmat pemain sayap Chelsea, Raheem Sterling secara pinjaman selama semusim, selepas pemain antarabangsa England itu tiada dalam perancangan The Blues musim ini.

Perpindahan Sterling disahkan pada awal pagi semalam selepas Arsenal menghantar permohonan untuk lanjutan tempoh dua jam bagi menyelesaikan proses pendaftaran pemain tersebut.

Sterling, 29, tidak beraksi dalam sebarang perlawanan musim ini bersama Chelsea, meskipun telah membuat 81 penampilan sejak menyertai kelab itu dari Manchester City pada 2022 dengan nilai perpindahan mencecah 50 juta euro (RM250 juta).

“Sterling diberitahu secara jelas oleh (Enzo) Maresca bahawa dia tidak akan mendapat masa bermain dan dialu-alukan untuk berpindah ke kelab lain,” kata Chelsea dalam satu kenyataan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, yang pernah bekerjasama dengan Sterling ketika menjadi penolong jurulatih di City, menyatakan beliau sangat mengagumi kebolehan pemain itu.

“Saya sentiasa menghormati dan mengagumi kemampuan Sterling. Dia pemain yang berbakat dan berpengalaman, sesuai dengan keperluan pasukan kami,” kata Arteta.

Sterling dijangka akan memberikan saingan sengit kepada Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard di posisi sayap kiri, menambah pilihan taktikal buat Arteta.

Pemain kelahiran England itu memulakan kariernya di Liverpool dan diiktiraf sebagai Pemain Muda Terbaik dua kali sebelum berpindah ke City, di mana beliau memenangi 10 trofi, termasuk empat gelaran Liga Perdana Inggeris.

Sterling juga mempunyai 82 caps bersama pasukan kebangsaan England, namun kali terakhir beraksi untuk negaranya ialah semasa Piala Dunia 2022.

Dia kini menjadi pemain keempat yang menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini selepas penjaga gol David Raya, pertahanan Riccardo Calafiori, dan pemain tengah Mikel Merino.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN