Pan Gon letak jawatan?

Pan Gon letak jawatan?

KIM PAN GON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tersebar khabar angin di media sosial ketika ini yang mendakwa Kim Pan Gon meletak jawatan selaku pengendali Harimau Malaya.

Terdapat laporan media Korea Selatan bahawa jurulatih berusia 55 tahun itu akan melepaskan jawatan berkenaan hari ini, namun tidak didedahkan puncanya.

Menguatkan spekulasi itu apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 2 petang ini di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Pan Gon telah membimbing Malaysia sejak tahun 2022 dan membantu pelbagai kejayaan bersama skuad negara termasuk layak ke Piala Asia 2023 secara merit.

Untuk rekod, Malaysia telah merekodkan 20 kemenangan, 5 keputusan seri dan 10 kekalahan dalam tempoh dua tahun sejak dikendalikan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya