Sterling jadi inspirasi Chelsea untuk bangkit dari ketinggalan

Sterling jadi inspirasi Chelsea untuk bangkit dari ketinggalan menewaskan Burnley

chelsea
RAHEEM Sterling inspirasi kepada kebangkitan Chelsea.menewaskan Burnley 4-1. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STAMFORD BRIDGE: Bos Chelsea, Mauricio Pochettino telah mencabar Raheem Sterling supaya memberikan permainan yang  konsisten bagi membuktikan Gareth Southgate silap meminggirkannya daripada skuad England.

Ternyata cabaran itu disambut apabila Sterling menjadi inspirasi kepada kebangkitan Chelsea menewaskan Burnley malam tadi.

Semua empat gol yang dijaringkan Chelsea selepas ketinggan 1-0 mempunyai sentuhan Sterling.

Pemain veteran dengan 82 caps kali terakhir bermain untuk England pada Piala Dunia tahun lalu dan baru sahaja diketepikan daripada skuad kebangsaan  untuk perlawanan persahabatan dengan Australia dan kelayakan Euro 2024 menentang Itali.

“Saya rasa pemain yang mempunyai pengalaman tahu dia perlu beraksi dan untuk menunjukkan kepada pengurus pasukan kebangsaan bahaa dia tersilap dalam membuat keputusan,” kata Pochettino selepas Chelsea menjaringkan empat gol dalam perlawanan Liga Perdana buat kali pertama sejak April 2022.

“Hanya dengan persembahan dan menjaringkan gol sahaja dia akan menunjukkan dia layak mewakili negara.”

Kepahlawanan Sterling di Turf Moor hadir selepas penyerang Perancis berusia 18 tahun, Wilson Odobert mengumumkan kehadirannya di Liga Perdana Inggeris melalui gol pertamanya dengan menewaskan Robert Sanchez.

Chelsea bagaikan tersentak dan seperti kehabisan idea sebelum bangkit menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama berakhir hasil jaringan sendiri pemain Burnley.

Umpan silang oleh Sterling, yang kembali dalam kesebelasan utama selepas serangan virus, mengenai lutut pemain pertahanan Belgium, Ameen Al-Dakhil dan melepasi James Trafford ke dalam jaring.

Chelsea, yang diilhamkan oleh Sterling, kemudian menjaringkan tiga gol dalam aksi separuh masa kedua untuk mengambil mata penuh.

Sterling – pemenang empat kali Liga Perdana – memenangi penalti selepas dikasari oleh pertahanan Brazil, Vitinho, yang membolehkan Cole Palmer menjaringkan gol pertamanya untuk The Blues sejak berpindah dari Manchester City.

Bekas pemain Manchester City itu kemudian menjaringkan gol ketiga pasukannya dengan penyudah tajam hasil hnataran Conor Gallagher.

Pemain gantian Nicolas Jackson mengesahkan mata penuh Chelsesa dengan pusingan dan penyudah yang baik dan Sterling sekali lagi terlibat dalam jaringan itu.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya