Fulham benamkan pasukan tercorot Sheffield United 3-1

Fulham benamkan pasukan tercorot Sheffield United 3-1

Fulham
Fulham naik satu anak tangga ke tangga 12 dalam LIga Perdana Inggeris selepas membenamkan Sheffield United 3-1. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CRAVEN COTTAGE: Pencarian pasukan tercorot di Liga Perdana Inggeris Sheffield United untuk kemenangan pertama musim ini terus gagal apabila dibenamkan Fulham 3-1.

Perlawanan di Craven Cottage dihentikan selama 13 minit pada pertengahan babak pertama ketika Chris Basham menerima rawatan, pemain pertahanan tengah itu mengangkat ibu jari kepada penonton ketika dia meninggalkan padang dengan pengusung sebelum dibawa ke hospital.

Bobby De Cordova-Reid akhirnya menjaringkan gol pembuka untuk tuan rumah selepas 54 minit, melepasi Wes Foderingham berikutan hantaran cemerlang Andreas Pereira.

Sheffield, yang jauh lebih kompetitif selepas cuba bangkit semula pada selang masa, mendapat ganjaran apabila Antonee Robinson melencongkan hantaran silang pemain gantian Yasser Larouci dari kiri ke gawangnya sendiri.

Tetapi Foderingham tidak mampu melakukan apa-apa ketika pemain gantian Fulham, Cairney tergelincir ketika dia membidik dari tepi kawasan, menyebabkan percubaannya melengkung ke atas dan mengenai bahagian bawah palang, sebelum terkena penjaga gol Sheffield.

Willian memastikan kemenangan mutlak dan Fulham naik satu anak tangga ke tangga ke tangga 12, manakala Sheffield kekal tercorot selepas tujuh kekalahan dalam lapan perlawanan. – BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya